GuidePedia

0




PERTUBUHAN PERBADANAN MENJALANKAN AMALAN SEBAGAI KAUNSELOR



BAHAGIAN V



33.(1) Tiada pertubuhan perbadanan boleh menjalankan Komposisi amalan sebagai kaunselor melainkan jika lembaga pengarahnya terdiri daripada~


(a) keseluruhannya orang perseorangan yang merupakan kaunselor berdaftar; atau

(b) sebilangan besarnya orang perseorangan yang merupakan kaunselor berdaftar, dan orang perseorangan lain yang berada dalam profesion yang ada hubungan dengan profesion kaunseling dan diluluskan oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia AKTA 580

(2) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

34. Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor~


(a) boleh menggunakan gelaran "kaunselor berdaftar" atau apa-apa gelaran dalam mana-mana bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa pertubuhan perbadanan itu ialah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan am alan sebagai kaunselor;

(b) boleh menggunakan atau mempamerkan apaapa papan tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa pertubuhan perbadanan itu ialah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor; dan

(c) berhak mendapat dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan kaunseling profesionalnya, selagi ia mematuhi subseksyen 33(1).


35.

(1) Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor hendaklah memberitahu Lembaga~


(a) tentang apa-apa perubahan dalam komposisi lembaga pengarahnya dalam suatu laporan yang mengandungi butir-butir lengkap tentang perubahan itu, dalam masa tiga puluh hari dari perubahan itu; dan .

(b) tentang apa-apa perubahan alamat yang dia menjalankan amalannya sebagai kaunselor, dalam masa empat belas hari dari perubahan itu.

(2) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melanggar subseksyen (I) adalah melakukan suatu kesalahan.

Post a Comment

 
Top