Penulis. |
Hai semua.Nama diberi oleh Papa dan Mummy ialah Darron Azzril Bin Sweelan Jimmy Kula. Mesti anda semua terkejut dengan nama saya kan ? Haaa ini kerana saya dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah. Maksudnya saya dilahirkan di Sabah dan berketurunan Kadazan-dusun. Tetapi saya dibesarkan di Melaka. Saya menetap di Klebang Besar Klebang Melaka.
Mendapat pendidikan awal di Tadika JAIM Batang Melaka seawal umur 4
tahun. Saya bersekolah rendah di SRA (SABK) JAIM Selandar Melaka. Selepas UPSR
saya meneruskan pelajaran di SMKA Tun Perak Jadin Melaka. Apabila mendapat
keputusan yang baik dalam PMR, dengan izin Allah saya melanjutkan pelajaran ke
SBPI Selandar Melaka. Setelah dua tahun belajar di situ, saya meneruskan lagi
perjuangan saya ke Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan perakaunan. Selepas 10 bulan disitu,
Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pembelajaran saya.
Sebelum menyambung ke alam universiti, terlebih dahulu saya ingin
menceritakan tentang cita-cita saya. Ketika di tingkatan 4, terdetik di dalam
hati kecil ini untuk berkerjaya sebagai seorang kaunselor. Alhamdulillah sekali
lagi dengan izin Allah dan doa ibu bapa, saya dapat meneruskan pelajaran saya
di menara gading dan mengambil bidang Bacelor Pendidikan Bimbingan dan
Kaunseling. Jadi blog ini saya bina khas untuk saya kongsikan ilmu dan maklumat
tentang kaunseling dan kesihatan mental.
Post a Comment